Pada 20 julai 2012, pihak Jabatan Kecemasan Hospital Sultan Haji Ahmad Shah, Temerloh, telah mengadakan satu simulasi kemalangan yang mana kemalangan ini telah menyebabkan berlakunya tumpahan bahan kimia, simulasi ini telah dijayakan dengan kerjasama Kilang Kertas MNI cawangan mentakab, Pasukan Bomba dan Penyelamat, Polis Diraja Malaysia, Jabatan Alam Sekitar dan Jabatan Pertahanan Awam Malaysia, tujuan simulasi ini diadakan adalah untuk menilai tahap kecekapan anggota-anggota yang terlibat dalam memberikan bantuan kepada mangsa dan juga membuat penambahbaikan dan penyelesaian terhadap masalah yang dihadapi semasa simulasi dijalankan.
Pelakon di make-up
Simulasi kemalangan melibatkan sebuah lori Kilang MNI yang membawa bahan kimia bertembung dengan sebuah Van yang membawa pekerja-pekerja dan sebuah motosikal, mangsa seramai 11 orang
Kakitangan JPAM Cawangan Temerloh turut membantu
Di zon Hijau dibuka Khemah Perubatan untuk memberikan bantuan perubatan awal kepada mangsa-mangsa yang terlibat
Pemandu ambulan turut memberikan bantuan
Pemeriksaan terhadap mangsa dilakukan
mangsa yang cedera dibawa menaiki ambulan untuk dihantar ke Hospital
Tiada ulasan:
Catat Ulasan